Mungkin, semua antara kita pernah melalui jalan seperti ini. Namun bagi ana, ana merasa berlainan sedikit. Ianya bermula begini:
Ketika itu, ana berada di dalam keretapi. Di mana, keretapi ana ketika itu dalam perjalanan menuju ke destinasi ana. Ketika itu jua, sebuah keretapi berada di sebelah landasan keretapi ana. Tiba-tiba, fikiran ana melayang ke tempat yang telah ana duduki suatu ketika dahulu. Dengan sekolah, tempat kediaman & sahabat-sahabat ana, segala kenangan itu kembali kepada ana. Tiba di satu selekoh, landasan keretapi anapun terpisah dengan landasan keretapi tersebut. Ketika itulah ana bertanya pada diri ana sediri. Dapat lagikah ana untuk pergi ke tempat tersebut? Mungkin, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini.
Renung-renungkanlah......
Monday, August 13, 2012
Thursday, August 9, 2012
Anta..........
Apabila menjelangnya bulan Ramadan Al-Mubarak, terutamanya ketika solat tarawikh, ana tentu akan bertemu dengan anta. Itupun, apabila ana selesai mengerjakan solat tersebut sebanyak 8 rakaat beserta 3 witir. Kadang-kala, ana dapat bertemu dengannya dan kadang-kala, tidak. Beza antara anta dengan anapun, cuma anta 2 tahun lebih tua daripada ana.
Anta telah banyak membantu ana ketika ana bersekolah rendah dahulu. Tetapi, ana tidak dapat membalas jasa-jasa bakti yang telahpun anta buat kepada ana. Cuma, sekali sahaja yang telahpun ana balas kepadanya. Iaitu, sewaktu ana mengadakan majlis hari jadi ana. Itupun, ana tidak mengenalinya lagi.
Ana bertemu dengannya sewaktu rombongan Pengawas Pusat Sumber Sekolah ana mengikuti kem bersama-sama dengan rombongan Pengawas Sekolah anta. Ketika itu, pada tahun 2008. Ana merasakan sungguh gembira sekali dapat bertemu dengan anta lagi.
Namun, apabila ana sekeluarga telahpun berpindah dari Putrajaya, terutamanya apabila solat tarawikh pada bulan Ramadan 1433 Hijrah, ana asyik-asyik akan terbayang-bayangkan anta apabila ana habis menunaikan solat tarawikh. Perkara tersebut membuatkan ana akan menunggu di pagar surau. Mungkin, ada maksud tersirat di sebalik semua yang terjadi ini terhadap ana.......

Subscribe to:
Posts (Atom)