Hari ini merupakan hari yang ana tidak akan melupakan selama-lamanya. Semua berlaku dengan sendiri. Ianya bermula dengan satu pagi yang ceria sekali bagi ana kerana, ana akan pergi ke pesta buku antarabangsa di PWTC bersama-sama dengan salah seorang roommate ana. Anapun, merasa tidak sabar untuk membeli buku-buku tersebut dengan menggunakan 'voucher' buku ana yang masih mempunyai baki ........ .
Detik demi detik ana menunggu masa untuk pergi, ana mengejutkan roommate ana tersebut. namun, enta masih lagi tidur. lalu, ana menunggu sahaja masa berlalu sehingga enta membuka pintu biliknya. Apabila enta sudah membuka pintu biliknya, ana membiarkan enta keluar dahulu. 5 minit kemudian, ana bertanyakan tentang soalan tersebut. ana tahu mungkin, enta rasa mengantuk lagi. Anapun memberi cadangan padanya untuk berehat sahaja di rumah. Kalau dia ikut, takut nanti dia tertidur pula dalam perjalanan.
Lalu, ana pun pergi ke pesta buku itu sendirian. Ana bertolak dari hostel ana dalam pukul 1105 camtu dan menuju ke stesen bas. ketika ana hendak menuju ke stesen bas, ana nampak sebuah bas yang juga akan pergi ke LRT. namun, ana tidak mahu menaiki dari situ. walaupun ianya telah berlalu, ana yakin yang mungkin ada lagi bas lain.
Tunggu punya tunggu, akhirnya bas pun tiba di stesen bas. Ana pun menaiki bus tersebut sehingga sampai di stesen LRT. Sesampai di stesen LRT, keadaan nampak agak terkawal juga. walaupun, tidak ramai orang. Ana terus membeli ticket ke PWTC. perjalanan dari Kelana Jaya ke PWTC memakan masa dalam 32 minit macam itu. Sesampai di stesen Masjid Jamek, Ana harus menukar tren Star.
Tetapi, sewaktu ana berada di platform yang hendak menuju PWTC via Sentul, ana terserempak dengan salah seorang sahabat ana. Kebetulan pula, enti juga mahu ke Pesta Buku. Sesampai di stesen PWTC, ana pun pergi ke PWTC. Sewaktu ana hendak masuk ke tempat tersebut, ramai orang telah membanjiri pesta tersebut seawal-awal lagi.
Ana pun dengan tenang berjalan menuju ke gerai yang telahpun ana setkan awal2 lagi. Jalan punya jalan, ana ternampak gerai Telaga Biru. Ana pun, menengok dahulu buku yang ditawarkan di situ. Ana memasukkan list nama gerai tersebut di dalam minda ana setelah ana melihat buku-buku yang telahpun di tawakan oleh pihak Telaga Biru. Kebetulan, sewaktu ana melihat buku-buku, ana ternampak salah satu buku terbitan gerai tersebut yang telahpun ana miliki. tetapi, apabila di fikirkan balik semula, ana pun membuat keputusan untuk membeli buku tersebut sekaligus, menjimatkan masa ana. Ana meneruskan perjalanan ana ke gerai seterusnya. namun, gerai yang ana ingin pergi itu tidak nampak. mungkin, ianya terletak di tempat yang berlainan. Ana meneruskan perjalanan ana. Akhirnya, ana tiba juga di gerai yang ana inginkan. Iaitu PTS Publication. Ramai sekali orang di gerai tersebut. terpaksa jua ana bersesak-sesak demi untuk mencari buku yang ana idamkan. Setelah ana selesai memilih buku dan membuat pembayaran, ana pun keluar dari gerai tersebut. Jam menunjukkan pukul 1325. kebetulan pula, waktu solat sudah pun masuk. Lalu, ana pergi ke surau yang di sediakan oleh pihak PWTC untuk bersolat. Selesai sahaja solat, ana kembali ke dalam bangunan PWTC
Alangkah indahnya ana. Kerana, ketika itu, Ustaz Don Daniyal ada di pesta buku tersebut bagi program beliau. Ana merasakan gembira sekali kerana dapat berjumpa dengan beliau secara terang-terang. Walaupun ramai orang yang mengambil gambarnya, meminta tandatangannya, namun ana sebaliknya pula. Ana harap dapat lagi berjumpa dengan Ustaz Don lagi pada pesta buku yang akan datang. Selain daripada Ustaz Don, ana juga berjumpa dengan salah seorang anggota kumpulan Hijjaz di suatu gerai.
Walaupun harapan ana untuk berjumpa dengan Prof Dr Muhaya, Hilal Asyraf, Heliza Helmi & Nora tidak kesampaian, namun ana harap ana dapat berjumpa dengan mereka pada suatu hari nanti, InsyaAllah. Pada pukul 1403, ana pulang ke tempat ana semula. Namun, semasa ana hendak keluar dari pintu bangunan tersebut, ana melihat terdapat banyak gerai yang ana x kunjungi. tambahan lagi waktu itu, perbelanjaan ana pun telahpun mencukupi. Ana tertarik sekali dengan 2 benda yang dimana, ana rasa mungkin nanti akan ana beli. Iaitu, CD Hikmah, yang dinyanyikan oleh Nora. Dan satu lagi, sebuha buku yang di tulis oleh Oki Setiana Dewi. Iaitu 'Sejuta Pelangi'.
Sewaktu ana hendak membeli ticket balik ke tempat ana, orang begitu ramai sekali sehinggakan, ana harus lagi bersesak-sesak untuk membeli ticket. Ana membeli ticket sampai ke bandaraya kerana ketika itu, ana terasa lapar. Sesampai di bandaraya, anapun pergi makan di 'food court' pusat membeli-belah sogo. Di situ juga, kelihatan ramai sekali orang.
Maklumlah, ketika itu sedang berlangsungnya 'sale'. Sesudah ana selesai makan, ana pun kembali semula ke stesen bandaraya untuk membeli ticket ke Kelana Jaya. Sewaktu dalam tren dari Masjid Jamek ke Kelana Jaya, ana terlihat 2 orang muslimah yang begitu anggun dan mengaja aurat mereka. Tambahan lagi, mereka memakai purdah juga. Ana rasa, terharu sekali melihat kedua-dua muslimah tersebut menjaga aurat mereka. Sesampai ke Kelana Jaya, hujan pun sudah mula turun. Ana pun menunggu bas untuk pulang ke hostel ana.
Antara buku-buku yang ana beli sewaktu di Pesta buku ialah:
1) Padanya Ada Hikmah, Karya Prof. Dr. Muhaya Mohamad & Bahruddin Bekri
2) Bahtera Menuju Ke Syurga, Karya Hilal Asyraf
3) Khutbah Rasulullah, Karya Rohidzir Rais
4) 300 Hadis Bimbingan, Karya Ustaz Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd Nazam
5) Takwil Hadis, Karya Umar Muhammad Noor
6) Palestin Kami Datang, Karya Fatimah Syarga Mohd Noordin & Dr Farhan Hadi Mohammad
Taib
&
7) Tasawuf Kontemporari, Karya Mohammad Nidzam Abdul Kadir.
Semua judul buku yang telah ana nyatakan di atas itu, semuanya 'best-best' belaka.
Ana harap, ana dapat lagi datang ke Pesta Buku Antarabangsa pada tahun akan datang, InsyaAllah. :) :)