Tuesday, September 10, 2013

masih mampukah diriku ini melalui liku-liku ini lagi?

Dahulunya, aku masih lagi mampu untuk melalui liku-liku kehidupan. Aku masih mampu lagi bertahan hingga ke penghujungnya. Aku masih mampu untuk melangkah jauh daripada apa yang ku angankan.

Namun, ianya sudah pun berlainan sekali sekarang ini. Aku lemah. Aku sudah tidak terdaya untuk melalui liku-liku ini. Aku sudah mahu berputus asa.

Aku juga merasakan, diriku ini tiada lagi pengharapan. Tiada lagi riak wajah gembira maupun wajah yang melambangkan diriku ini tidak mudah berputus asa.

Pabila kawan-kawanku hendak berjumpa denganku, ada sahaja alasan yang akan ku berikan. tetapi, pabila aku ingin berjumpa dan bertemu dengan mereka, mereka pula yang ada alasan. Umpama membalas-balas sahaja.

Mampukah diriku ini bertahan dengan segala-galanya? Mampukah ku meneruskan langkahku hingga ke akhir garisan? Mampukah ku ini bersemangat seperti mana aku bersemangat suatu ketika dahulu? MAMPUKAH??