Saturday, December 24, 2011

Berita harian - 24hb Disember 2011

1) Gempa bumi kuat gegar Christchurch


i) Menggegarkan bangunan, menyebabkan barangan di atas rak runtuh serta mencetuskan panik di kalangan penduduk yang sibuk membeli belah. 

ii) Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan bandar terselamat daripada kerosakan besar.

iii) Seorang penduduk cedera di sebuah pusat beli belah di bandar dan dirawat di hospital. 

iv) Empat orang diselamatkan selepas terperangkap akibat runtuhan batu, kata polis Christchurch dalam satu kenyataan.
v) Tiada laporan kecederaan jelas atau kerosakan meluas di bandar, yang baru pulih daripada gempa bumi Februari lalu yang mengorbankan 182 orang serta merosakkan kebanyakan kawasan di bandar lama.

vi) Agensi Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan, gempa pertama dengan magnitud 5.8 berlaku tengah hari semalam, 26 kilometer di utara Christchurch dengan kedalaman empat kilometer, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

vii) Beberapa minit kemudian, satu gegaran susulan dengan magnitud 5.3 pula melanda dan kira-kira sejam selepas itu, bandar itu digegarkan dengan gempa magnitud 5.8. Kedua-dua gegaran susulan berlaku pada kedalaman kurang lima kilometer.

viii) Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami.


ix) Lapangan terbang bandaraya itu dikosongkan selepas gempa pertama dan semua pusat beli belah di bandar itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. 

x) Pengurus Pihak Berkuasa Pemulihan Gempa Bumi Canterbury, Warwick Isaacs, berkata kebanyakan bangunan dikosongkan “sebagai langkah kecemasan.” 

xi) Kawasan itu merekodkan lebih 7,000 gempa susulan sejak gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan bandaraya itu pada 4 September tahun lalu. 

xii) “Runtuhan batu dan banjir lumput berlaku di sebuah kawasan apabila tekanan gempa memaksa air bawah tanah memancut menerusi tanah yang longgar, di beberapa kawasan,” kata Isaacs kepada Radio Nasional New Zealand. 

xiii) “Ada banyak barang jatuh dari almari, rak di kedai berulang kali. Ia bermula perlahan kemudian kuat. Ia adalah gegaran besar namun bukan mengejutkan atau seganas Februari lalu,” kata penduduk Christchurch Rita Langley. 

xiv) Keadaan gegaran teruk berlaku di bandar pelabuhan berhampiran di Lyttelton, pusat gempa 22 Februari lalu. 

xv) “Kami tinggal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti. Kemudian barulah kami keluar,” kata penduduk Andrew Turner. 

xvi) “Penduduk secara emosinya terkejut dengan apa yang berlaku tengah hari ini.” 

xvii) Kira-kira 15,000 rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik selepas jaringan bekalan rosak di pinggir timur bandar ini. Perkhidmatan pembetungan juga terputus. 

xviii) Beratus kilometer pembetung dan saluran air dibaiki di bandar itu sejak gempa Februari lalu. 

xix) Sebahagian bangunan yang runtuh dan sebuah rumah kosong runtuh selepas gempa semalam, kata polis. 

xx)Pengurus Persatuan Perniagaan Pusat Bandar Paul Lonsdale berkata gempa itu muncul ketika hari paling buruk buat peruncit, dengan penduduk bergegas menghabiskan beli belah untuk Krismas. 

xxi) Tiada kerosakan nyata di daerah pusat perniagaan, di mana 28 kedai dibuka semula di kontena perkapalan selepas bangunan mereka musnah dalam gempa Februari lalu, katanya. 

2) Cathay Pacific lakukan pendaratan cemas di Moscow


i) Selepas asap dikesan di bahagian kokpit. 

ii) Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong itu, berkata Boeing 747-400 sudah melakukan penerbangan hampir empat jam ke Hong Kong dari London sebelum juru terbang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Moscow, pagi Sabtu.


iii) Pesawat itu membawa 197 penumpang bersama 21 anak kapal, kesemua tidak mengalami sebarang kecederaan.
iv) Punca asap itu tidak didedahkan. 

3) Mangsa banjir di Johor masih di 23 pusat pemindahan


i) Seramai 1,113 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara banjir di negeri ini sehingga jam 3 petang ini. 

ii) Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, kesemua mereka ditempatkan di 23 pusat pemindahan iaitu di 13 di Segamat, Mersing dan Batu Pahat masing-masing empat manakala dua di Kluang.

iii) Laluan jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.
iv) Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, air di beberapa batang sungai masih melebihi paras bahaya. 

v) Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatat 2.77 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (9.37 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.91 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, (19.83 meter), Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.88 meter) dan Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.22 meter). 


4) Budak tsunami hilang 8 tahun ditemui hidup


i) Seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai maut dalam tsunami yang menyerang Indonesia lapan tahun lalu kembali semula ke rumahnya di perkampungan kecil di Aceh Barat dalam keadaan selamat.
ii) Dikenali dengan nama Mary Yuranda kini 14 tahun, baru berusia lapan tahun ketika gelombang tsunami melanda perkampungan Ujong Baroh pada 26 Disember 2004.
iii) Ibunya, Yusnidar, cuba untuk melarikan diri dari ombak tsunami di Lautan Hindi bersama anak perempuannya dan dua adik beradik lain apabila dia terlepas genggaman ibunya dan dihanyutkan air yang deras itu. 

iv) Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang dan tidak akan kembali. 

v) Rabu lalu, Ibrahim, datuk Mary, menerima seorang tetamu di rumahnya yang ditemani seorang gadis remaja memakai tudung kepala berwarna biru. 

vi) Tetamu yang juga pemandu teksi itu berkata gadis berkenaan datang ke kedai kopi Simpang Pelor tetapi hanya mendiamkan diri. 

vii) Penduduk menyangka dia seorang pengemis dan cuba berbual dengannya. 
viii) “Gadis itu mendakwa datang ke sini menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang namun tidak tahu bagaimana. Dia juga tidak dapat mengingati nama ibu bapa atau saudara mara kecuali Ibrahim,” kata pemandu teksi berkenaan. 

ix) Selepas mendengar penjelasan tetamu itu, Ibrahim segera menyedari gadis itu mungkin cucunya yang sudah lama hilang dan selepas meneliti gadis kurus berkulit gelap, dia yakin gadis itu adalah Mary yang hilang dalam tsunami tujuh tahun lalu. Ibrahim kemudian mengarahkan Yusnidar, 35, dan suaminya Tarmius, 42, datang ke rumahnya dan bertemu Mary. 

x) Kedua-dua Yusnidar dan Tarmius mengesahkan identiti Mary selepas mengenal pasti tahi lalat kecil dan parut di atas keningnya yang diperolehnya ketika berusia enam tahun. 

xi) “Tanda lahir pada perutnya dan parut tahi lalat pada wajahnya membuktikan gadis itu anak saya,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya. 

xii) “Saya tidak dapat beritahu anda betapa bersyukurnya saya,” katanya. 

xiii) Apa yang berlaku kepada Mary selepas dihanyutkan ombak tsunami tidak didedahkan kepada media kecuali sejak beberapa tahun lalu dia ditempatkan di daerah lain di wilayah Aceh. 

xiv) Laporan menyatakan Mary dipaksa menjadi pengemis sebelum berjaya melarikan diri dan kembali ke kampung halamannya. 

Sunday, December 4, 2011

Harian Metro - 4hb disember 2011

1) 2 wanita, 3 kanak-kanak mati dalam keganasan terbaru di Taiz

i)    Kira-kira lima orang awam dan tiga anggota tentera terbunuh ketika tunjuk perasaan di Taiz, semalam.

ii)   Kerajaan baru yang ditubuhkan untuk mengelak perang saudara di Yemen berkata, satu perjanjian politik baru 
      mungkin diadakan sekiranya pertumpahan darah terus berlaku. 

iii)  Media tempatan melaporkan dua wanita dan tiga kanak-kanak mati apabila tentera kerajaan melepaskan tembakan   
      ke arah bandar selama beberapa jam. 

iv)  Kejadian keganasan terbaru ini telah menyebabkan jumlah yang mati seramai 16 orang.


v)  Walaupun bekas Presiden Ali Abdullah Saleh telah melepaskan jawatannya, ia masih belum dapat meredakan 
      keganasan yang berlanjutan selama 10 bulan di Yemen.

vi) Menurut saksi, kejadian tembak menembak menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal berlaku berdekatan 
     balai polis di tengah bandar Taiz.

2) Minta diriba, dibelai

i)        “Saya rasa sayu mengingatkan perubahan perangai Muhammad Faiz Hakimi yang menjadi terlalu manja serta 
           sering meminta diriba dan dibelai, rupa- rupanya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Rogayah 
           Mohamad, 41, ibu kepada Muhammad Faiz Hakimi Aziz, 4, yang maut ditimpa pokok kelapa, petang kelmarin.

ii)        Kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu,
           dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.

iii)     “Sebelum kejadian, jiran dan anak tiri berpakat untuk menebang pokok berkenaan bagi mengelakkan kemalangan 
          akibat keadaan cuaca tidak menentu sebelum mereka melakukan kerja-kerja penebangan pada sebelah petang.

iv)     “Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun 
          tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan  
          peristiwa itu kembali,” katanya.

v)      Kejadian jam 3.15 petang, Muhammad Faiz Hakimi dikatakan bermain berseorangan tanpa pengawasan keluarga 
         berdekatan tempat abang tirinya, Mahadi Mansur, 20, dan jirannya Saufi Junoh, 42, bersedia menebang sebatang 
         pokok kelapa.

vi)    Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika Mahadi dan Saufi menebang 
        pokok kelapa berdekatan rumah mereka di Kampung Gong Dasar, Jabi, mereka tidak menyedari kehadiran mangsa 
        yang bermain tidak jauh daripada mereka.


vii)   Ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak 
        menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.

viii) “Sebaik menumbangkan pokok, Mahadi bersama Saufi memeriksa pokok itu untuk mengerat batangnya tetapi terkejut
        mendapati seorang kanak-kanak dalam berlumuran darah di bawah rimbunan daun pokok,” katanya.

ix)   Kamaruddin berkata, keluarga mangsa kemudian mengejarkan Muhammad Faiz Hakimi ke Hospital Besut sementara
       Mahadi bergegas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja selepas itu.

x)    Bagaimanapun, mangsa yang cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia
       sebaik tiba di Hospital Besut.

xi)   Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.


3) Budak parah diserang tiga anjing.

i)     Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dengan basikal baru dihadiahkan bapanya bertukar tragedi
       apabila betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga ekor anjing di depan rumahnya di Taman Bukit Kinrara,
       semalam.

ii)    Akibat serangan itu, mangsa terpaksa dibedah berikutan daging di betisnya cedera teruk.

iii)   Jam 12 tengah hari, Adryn Muhammad, 9, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang bersama
        ibunya di kedai runcit di kawasan berhampiran.

iv)   Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Asmah Alias, 36, berkata basikal itu dibeli untuk anak bongsu daripada tiga
       beradik itu oleh bapanya, Khamis lalu.

v)   “Sebelum kejadian, Adryn dan saya pergi ke kedai di kawasan perumahan ini untuk membeli barangan dapur. Saya
       pergi menaiki motosikal manakala Adryn bertegas mengekori saya dengan menaiki basikal barunya,” katanya ketika
       ditemui, semalam.

vi)   Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat tiga ekor anjing berhampiran kawasan kediamannya,
       menyebabkan dia berasa bimbang.


vii)  “Sebaik memberhentikan motosikal di laman rumah, saya mendengar jeritan Adryn meminta tolong.

viii) “Saya bergegas semula ke depan rumah sebelum melihat beberapa jiran, termasuk seorang pengawal keselamatan,
        mengangkat anak saya yang berlumuran darah,” katanya yang memberitahu mereka juga menghalau anjing itu.

ix)   Jiran dan Adryn memberitahu dia digigit dua daripada tiga anjing yang menyerangnya.

x)    “Adryn memberitahu dua anjing itu menggigit betis kirinya ketika dia cuba melarikan diri. Adryn bernasib baik kerana
       beberapa jiran dan pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu segera membantunya,” katanya.

xi)   Selepas bertemu pemilik anjing berkenaan, dia bergegas membawa anaknya ke sebuah hospital swasta di Puchong,
       untuk rawatan susulan.

xii)  “Sehingga kini, doktor melakukan rawatan awal dan memberitahu keadaan Adryn stabil. Namun, akibat kecederaan
        serius pada betis kirinya, Adryn terpaksa menjalani pembedahan,” katanya sambil menambah, pembedahan
        dilakukan selewat-lewatnya jam 5 petang, semalam.

xiii) Dia kecewa dengan sikap pemilik anjing terbabit yang tidak menjaga peliharaannya sehingga mencederakan Adryn.

xiv) “Saya berharap anjing berkenaan dibunuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,”
        katanya sambil mengakui, ini bukan kejadian pertama kanak-kanak dan penduduk diserang anjing.

xv)  Asmah memberitahu dia akan membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, selepas pembedahan anaknya
       selesai.

4) Mantera, asap kemenyan boleh bawa syirik

i)   Pengamal perubatan tradisional mahupun alternatif disarankan supaya tidak menggunakan mantera 
     dan asap kemenyan kerana bimbang ia menjurus kepada amalan syirik.


ii)  Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari 
     berkata, bacaan mantera dan penggunaan asap dalam kaedah merawat pesakit ini pada awal 
     hukumnya harus, tetapi hukum itu boleh berubah kepada haram bergantung kepada niat sesiapa 
     yang menggunakannya.


iii) Penggunaan bacaan mantera boleh bertukar menjadi haram apabila ada bacaan dalam ayat itu yang 
    menyeru kepada sesuatu atau menyekutukan Allah, sekali gus ia membawa kepada perbuatan syirik.


iv) “Selain itu, jika pengamal perubatan tradisional menggunakan bacaan mantera, individu terbabit 
     perlu memastikan bacaan yang disebut tidak menyeru pertolongan makhluk lain dan bacaan itu 
     mesti difahami oleh pengamal itu.


v)  “Namun, jika individu itu menggunakan perkataan dalam mantera yang bercanggah dan melanggari 
     hukum syarak, ia adalah haram dan dikhuatiri boleh menjurus kepada syirik,” katanya.


vi) Penggunaan asap seperti kemenyan yang menghasilkan bau wangi sebenarnya diharuskan kerana   
     ia disukai oleh jin Islam dan malaikat.




vii) Jika terlalu kerap bergantung kepada cara ini, dikhuatiri ia mendorong kepada kepercayaan taksub 
      yang biasanya mendorong kepada amalan syirik kerana dalam alam Melayu, penggunaan 
      kemenyan sinonim dengan kaedah perubatan, berbeza dengan masyarakat Timur Tengah yang 
      menggunakan kemenyan untuk mewangikan rumah.


viii) Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih pengamal perubatan 
      tradisional dan untuk mengelakkan keraguan, lebih baik menemui pengamal perubatan yang 
      mengamalkan potongan ayat al-Quran.


ix)  “Pilihan terbaik adalah kaedah yang digariskan Islam seperti amalan ayat al-Quran,” katanya.



5)Doa cucu bahagia. 


i)   “Saya doakan Rita dan suami bahagia,” itu ungkapan ringkas Yatmi Abdul Rahman, 74, ibu jutawan kosmetik terkenal, 
     Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.


ii)  Mengulas berkaitan pernikahan cucunya, Rita dengan pasangannya, Khamarulazlan.


iii)  Khamarulazlan ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr  
      Mashitah Ibrahim.


iv)  “Apa yang elok baginya, kami sekeluarga menyokong malah turut berharap perkahwinan berkenaan berkekalan 
       hingga ke akhir hayat.


v)  “Sebagai ahli keluarga baru, kami mengalu-alukan kehadiran Khamarulazlan. Lelaki berkenaan seorang yang 
     bersopan selain menghormati orang lebih tua daripadanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sri 
     Menanti, Sri Medan, semalam.

6) Hiasan beg disangka pistol.

i)     Seorang remaja ditahan daripada menaiki pesawat kerana dia mempunyai pistol - rekaan di tepi 
       beg tangannya.


ii)    Vanessa Gibbs 17, terperanjat apabila pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), 
       menahannya di pintu keselamatan kerana beg tangannya mempunyai rekaan pistol ‘Wild West.’


iii)   Dia tidak mempunyai masalah ketika melalui pintu keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa 
      Jacksonville. Kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari Virginia.


iv)  “Ini gaya saya. Beg tangan ini ada rekaan pistol lama ‘western’ tiruan.”


v)   Walau bagaimana pun, staf di Norfolk tidak menyukainya dan menahan dia daripada menaiki 
      pesawat.


vi) “Mereka berkata, ia adalah kesalahan besar kerana beg itu mempunyai bentuk pistol,” kata Vanessa. 
     “Saya berkata, ia hanya rekaan di beg tangan, bagaimana pula ia boleh jadi kesalahan besar?”


vii) Selepas pegawai penyiasat memeriksa begnya dan mendapati ia hanya pistol tiruan, Vanessa 
     diminta daftar masukkan atau menyerahkan begnya itu.


viii) Pemeriksaan itu menyebabkan remaja yang sedang mengandung itu terlepas penerbangannya dan 
      dia terpaksa menaiki pesawat Southwest ke Orlando.


ix)  Jurucakap TSA berkata, replika pistol diharamkan sejak 2002.


x)   Seorang pegawai TSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksonville berkata, tidak mustahil ada 
      penumpang yang membawa barang yang mungkin dianggap sebagai replika pistol dan dia 
      menasihatkan orang ramai untuk melihat senarai barang yang diharamkan yang boleh didapati 
      secara online atau di lapangan terbang sebelum melalui pintu keselamatan. 







Berita Harian - 4hb Disember 2011

i) 36 maut nahas jalan raya di Brazil


i)   36 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan trak dan bas yang membawa peladang di timur laut 
     Brazil, awal pagi tadi.

ii)  Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut yang turut mencederakan 13 
     orang di pekan Milagres, Bahia, 250 kilometer dari Salvador.

iii) Kemalangan itu berlaku selepas tengah malam apabila pemandu kenderaan berkenaan saling memintas tetapi punca 
     sebenar masih belum diketahui.

2) Hafiz gagal mara ke final Terbuka Macau


i)     Tunduk kepada pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada perlawanan separuh akhir Terbuka Macau, semalam. 

ii)    Enam tahun tidak bertemu, juara Seluruh England 2003 itu sekali lagi tumpas kepada pemain ranking ke-15 dunia itu, 
       21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

iii)  Ketika kali terakhir bertemu di Kejohanan Dunia 2005, Hafiz sebelum ini merekodkan empat kekalahan kepada 
      pemain veteran Korea Selatan itu dalam lima pertemuan sesama mereka.

iv) Bergelar pemain profesional bersama KLRC Januari lalu, Hafiz yang sedang mencari tempat untuk disenaraikan 
     dalam skuad Piala Thomas 2012, hanya mara sekali ke separuh akhir iaitu di Cabaran Antarabangsa New Zealand, 
     April lalu. 

v) Perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Macau hari ini, Hyun-Il bakal bertemu pemain China, Du Pengyu yang 
    menyingkirkan pemain Indonesia, Simon Santoso, 21-17, 21-17 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. 

3) Afghanistan dilanda krisis kebuluran

i)      2.6 juta penduduk Afghanistan kini berhadapan dengan masalah kekurangan makanan selepas kemarau paling    
        buruk melanda utara Afghanistan sejak sedekad lalu, kata pegawai Afghanistan dan agensi bantuan. 
 
ii)    Kebanyakan mereka yang hidup dalam kemiskinan di sebuah negara yang dilanda perang itu, hidup dalam 
       keadaan melarat berikutan kemarau yang menjejaskan 14 daripada 34 wilayah di Afghanistan yang semuanya 
       berada di utara.

iii)   Kebanyakan perigi sudah kering. Beratus-ratus kanak-kanak dirawat kerana kekurangan zat makanan. Dalam 
       keadaan terdesak itu kebanyakan keluarga terpaksa menjual ternakan mereka di bawah harga pasaran. Penduduk 
       terpaksa berpindah ke bandar lain untuk mencari makanan, air dan pekerjaan.
 
iv)  Kerajaan Afghanistan dan agensi bantuan bertungkus-lumus membantu penduduk terbabit sebelum salji menutup 
      laluan ke kawasan pedalaman.

v)   Rahmatullah Zahid, koordinator bencana di wilayah Balkh yang teruk dilanda kemarau berkata, beliau tidak 
      bimbangkan mengenai penduduk yang kebuluran sehingga menyebabkan kematian tetapi beliau bimbang 
      bagaimana mereka akan bertahan ketika musim sejuk terutama di kawasan pedalaman. 

Saturday, December 3, 2011

Harian Metro - 3hb Disember 2011

1) Kaki kiri pula patah

i)     “Jika diikutkan hati, saya mahu cari sendiri dua peragut yang menyebabkan adik saya terlantar di hospital,” kata 
         Azlina Zulkifli, 40, mangsa kejadian ragut di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, kelmarin.

ii)     Dia berkata, adiknya, Siti Mariam, 25, baru saja menjalani pembedahan lutut dan mengambil cuti sakit sejak
         pertengahan Oktober lalu selepas terjatuh di tempat kerjanya.

iii)    “Akibat kejadian ini, adik saya sekali lagi terpaksa dimasukkan ke wad kerana kaki kirinya pula patah selain muka
        bengkak selepas terjatuh daripada motosikal dan diseret di atas jalan.

iv)   “Saya geram dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.

v)    Ketika kejadian, dia membonceng motosikal ditunggang bersama adiknya sebelum seorang lelaki menarik beg
       tangan disandangnya. “Peragut cuba tarik, tetapi tali beg terlilit di tangan menyebabkan ia sukar dilepaskan. Berang
       kerana gagal menarik beg tangan saya, peragut itu bertindak menendang motosikal menyebabkan adik saya tidak
       dapat mengawal sebelum kami berdua terjatuh,” katanya.

vi)   Kejadian jam 7 malam itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Perak, selepas
       keluar membayar duit pinjaman rumah.

vii)  Menurut Azlina, dia memang mahu melepaskan beg tangannya kerana memikirkan risiko bakal berlaku tetapi
       disebabkan tali terlilit, sukar untuk melepaskannya hingga menimbulkan kemarahan kepada peragut itu.

viii) “Kami berdua menaiki motosikal ke bank kerana jalan agak sesak. Selepas membayar wang pinjaman rumah, kami
       bersiar-siar di kawasan terbabit dan ketika itu wang dalam beg saya masih ada RM1,000,” katanya.

ix)   Dalam kejadian itu, Azlina yang bekerja sendiri turut mengalami kecederaan di tangan, jari dan kaki akibat terseret
       atas jalan raya.

x)    Adiknya yang patah kaki dan cedera di muka itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), tetapi
       keadaannya dilaporkan stabil.

xi)   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, polis masih
       menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Star Online - 3rd December 2011

1) Kuantan to get night zoo

i)     A mini zoo at a popular recreational park here will open during the night making it the first night zoo 
       in the East Coast.

ii)     Kuantan Municipal Council president Datuk Zulkifli Ya'acob said the zoo would be opened in two 
        weeks and have animal shows featuring crocodiles and snakes.

iii)   “The night zoo is actually the current mini zoo located in Teruntum Park, a popular recreational park 
        among locals. 

iv)   “We are going to open the park at night for the public to view nocturnal animals,” he said.

v)    Promotional events held at a water park in Gambang here had proved to be a hit among the 
       visitors.

vi)   Bringing new animals into the zoo from time to time.

vii)  The night zoo is open during weekends from 7.30pm until 11pm.

viii) Zulkifli said that depending on the public response, the hours on weekdays might be extended.

ix)  There was no entrance fee and fee for animal shows would be less than RM5.

x)   “We have yet to determine the fee but it will not be more than RM5 for adults and half of that for 
       children.

xi)  “It is more of a token charge to maintain the place.”

xii)  The venue for the shows can accommodate between 40 and 50 people. 


2) Residents in Kajang caught unawares by downpour, KL also not spared.

i)     A three-hour-long downpour flooded the Klang Valley town of Kajang while bringing the national 
       capital to a traffic standstill.

ii)    Floodwaters gushed into the homes and shops in the township, stranding many people at shoppers' 
       favourites such as Plaza Metro.

iii)   Some were caught off guard in their vehicles as strong currents swirled around them. Cars in the 
      basement of the shopping complex were submerged.

iv)  The badly affected areas in the township were Jalan Bukit, Jalan Sulaiman, Jalan Raja Haroun, Jalan 
      Tun Abdul Aziz and Jalan Jelok Tiga.

v)   In some places, the water level was as high as 1.5m.

vi)  The rain started at about 3pm.
vii)  Two hours later, it became a drizzle, and the floodwaters receded to leave a trail of damaged
       vehicles, homes and shophouses.
viii)  Nine people, including three senior citizens, were plucked to safety late in the evening.
ix)    In Kuala Lumpur, motorists were stuck in a massive gridlock along the New Klang Valley 
        Expressway, Elite, Kesas and Kajang highways.
x)     In a dramatic scene caught on video and uploaded onto YouTube, several people rescued a 
        woman trapped on top of a van amid the havoc in Kajang.
xi)    They lowered a ladder onto the roof of the vehicle and hauled her up.
xii)    Another video showed staff of a shopping centre desperately moving merchandise to higher floors.

xiii)   Selangor Fire and Rescue Department operations assistant director Mohamad Sani Harul said 
        several people trapped at home were brought to safety.
xiv)  “They were from Kampung Sungai Kantan and Jalan Kelapa,” he said.
xv)   Sani said the department received a distress call at about 3.50pm and arrived at the scene 10 
        minutes later with a team of 14 firemen from stations in Kajang and Cheras.
xvi)   Kajang Fire and Rescue Department station chief Ariff Mohd Kassim said heavy rain caused 
        Sungai Jelok and Sungai Kantan to overflow and submerge areas around the Kajang market.
xvii)  The flash floods also halted KTM train services into the town.
xviii) Kajang assemblyman Lee Kim Sin was quoted as saying that the natural disaster was the worst 
        since the big flood in 1971.
xix)  Kajang Municipal Council workers were busy clearing the streets of river sediment late into the night 
        using heavy machinery.
xx)   Damage to vehicles and businesses was estimated to be in the hundreds of thousands of ringgit.