Wednesday, March 5, 2014

Riadah dengan Rollerblade A.K.A. Inline Skate.


Sudah lama xkemas-kini blog ku ini. apatah lagi, bila xde apa-apa yang nak dikatakan, terkial-kial la jawabnya.Tetapi Alhamdulillah, kini baru dapat kemas-kini blog.

Ketika orang hendak menyewa inline skate di Dataran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz
Roller Blade beserta dengan topinya dan juga wrist pad



Kali ini, aku merasakan cukup gembira apatah lagi, pada petang tadi, tidak ku sangka dapat juga bermain rollerblade dengan orang-orang yang aktif dalam permainan tersebut di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Yang juga dikenali oleh orang ramai sebagai "Padang Polo'. Pada mulanya, aku sangkakan yang, mungkin mereka beroperasi untuk rent rollerblade tersebut hanya pada hari weekends sahaja. Namun, aku tersilap kerana, ada satu hari itu aku datang terlalu awal sehinggakan, aku berfikir ke manakah pergi orang-orang yang selalu aktif dalam permainan tersebut?.

Kini, baru aku tahu pada pukul berapa mereka menjalankan perniagaan mereka. Aku merasa cukup riang gembira kerana dapat bermain bersama-sama orang yang mempunyai minat bermain permainan tersebut. Tetapi, pandanganku tiba-tiba berubah apabila melihat gelagat seorang anak kecil yang pada pandanganku, mungkin berusia dalam lingkungan 3-4 tahun, sudah pandai bermain dengan permainan tersebut juga. Aku merasa terkejut sekali. Kerana tidak pernah lagi aku melihat kanak-kanak yang berusia begitu pandai bermain kasut roda. Ingin tahu bagaimana aku dan pada umur berapa aku reti bermain rollerblade tersebut? InsyaAllah, akan diceritakan pada cerita lain. 

Aku melepaskan segala masalahku dengan mengayunkan kakiku sambil menghirup udara segar. Begitu ramai sekali orang yang membanjiri di dataran taman rekreasi tersebut. Tiba-tiba, penglihatanku terpandang pada seseorang. Muka orang tersebut, macam muka seorang kawan aku. Kalau aku tegur, salah pula. Aku pun xtegur orang tersebut kerana aku tahu kita semua mempunyai muka yang seiras, tetapi perangai dan watak sahaja yang lain. Pada pukul 6:45, aku pun pulang ke rumah bersama-sama dengan ibuku. 

Sepanjang dalam perjalanan pulang ke rumah, aku merasa sungguh gembira dengan segala-galanya. Ku harap dapat datang lagi ke tempat tersebut pada hari yang seterusnya.... :)

Monday, February 3, 2014

Sepi....

Aku termenung sebentar dengan memikirkan kegembiraan dan indahnya kehidupan mereka. Dalam hatiku ini, ku merasakan umpama sudahpun banjir. Banjir kerana, kehidupanku yang tidak bahagia. Tidak begitu bahagia dan gembira seperti mereka. Aku merasakan sungguh sayu, sunyi. Malahan lagi, sepi apabila keseorangan tanpa teman di sisi. Aku merasakan, 'Oh ruginya'. ruginya kerana dahulunya, aku tidak begitu bersyukur mempunyai teman. Aku tidak merasakan yang aku akan berkawan dengan sahabat-sahabatku selama-lamanya. Seperti mana yang aku lihat kebanyakkan orang.

Namun, adakah mereka sudahpun melupakan diriku ini? Adakah mereka sudahpun memadamkan namaku ini dalam ingatan mereka? Adakah, Adakah,.....

Aku sudah tidak berdaya lagi. Tidak berdaya untuk berkata-kata dengan mereka. Malah, aku sudah berputus-asa dengan segala-galanya. Dari segi kewangan, mahupun persahabatan.

Namun, aku harap yang suatu hari nanti, mereka akan mengingatkan daku kembali.....