Friday, October 14, 2011

Pizza Daging

Bahan:                                                             Inti:
i) 250gm tepung berprotein tinggi(ayak)        i) 100gm daging cincang
ii) 1/2camca teh garam halus(ayak)                ii) 2 ulas bawang putih(dihiris nipis)
iii) 6gm yis segera(ayak)                                iii) 5 camca teh minyak
iv) 125ml air                                                   iv) 1/2 kiub perasa daging
v) 20gm marjerin                                           v) 1/2 cawan air
vi) 1camca teh gula                                        vi) 2 biji tomato(concassee)
vii) 20gm keju mozarella(diparut)

Hiasan:
i) 1 biji kapsikum(dihiris bulat)
ii) 5 biji cendawan butang(dibelah dua)
iii) 1 biji cili merah(dihiris memanjang)

Menyedia & memasak:
1) Gaul tepung bersama yis dalam mangkuk adunan. Larutkan garam & gula dalam 
    air.
2) Masukkan larutan gula & garam ke dalam campuran tepung & yis. Uli hingga 
    tidak melekat pada tangan & tepi mangkuk adunan.
3) Tutup adunan dengan kain maslin. Biarkan adunan mengembang 2 kali ganda 
    daripada saiz asal.
4) Torak doh mengikut saiz dulang pizza setebal 1.5 cm. Masukkan doh ke dalam 
    dulang yang sudah digris. Tutup dengan kain maslin lembap & biarkan doh 
    mengembang 2 kali ganda.
5) Panaskan minyak & tumis bawang putih. Masukkan tomato, air & kiub perasa 
    daging. Masukkan oregano. Biarkan mendidih. Tutup api & sejukkan. Campuran 
    ini dipanggil sos pizza.
6) Goreng daging cincang dengan sedikit minyak hingga masak & sejukkan.
7) Sapu minyak & sos pizza di atas doh. Ratakan daging di atas doh. Susun kemas 
    bahan hiasan & keju parut di atas daging.
8) Bakar dalam ketuhar bersuhu 220℃ hingga doh perang & keju cair. Angkat & 
    potong pizza..

➥ Semalat Mencuba Resepi Ini.....

Saturday, October 8, 2011

Kenapa sewaktu zaman dahulu, senang sahaja untuk mencari kawan ataupun sahabat sejati. tetapi, zaman sekarang ini susah sekali nak mencari kawan yang seumpama begitu??

Kenapa sewaktu zaman dahulu, kita senang sahaja untuk mencari teman sejati yang boleh kita meluahkan segala perasaan kita kepadanya? tetapi, kenapa pula pada zaman sekarang ini, susah pula nak mencari sahabat yang sebegitu? Adakah kerana, sewaktu zaman dahulunya, kita duduk berdekatan dengan jiran-jiran tetangga kita n pada zaman sekarang ini pula, kita duduk jauh-berjauhan dengan mereka? &, apakah ciri-ciri seseorang tu dapat menjadi sahabat sejati yg akan berkekalan selama-lamanya? apa-apapun, perjalanan ini harus kita teruskan walaupun dengan sahabat ataupun tanpa sahabat. Kerana, sahabat akan ada lagi pada masa akan datang...... ~_~