Monday, October 15, 2012

sewaktu memberi kucing makan.....

Apabila ana melihat kucing-kucing di tepi jalan, ana mesti akan teringatkan kucing-kucing ana. Tetapi, sayang sekali. ada sesetengah kucing ana telahpun di beri pada jiran ana untuk bela.

Pada hari sebelum itu, ummi menanya pada ana sama ada ana sibuk mahupun tidak. Lantas, anapun memberitahu yang ana tidak sibuk. Beliaupun menyuruh ana untuk menolongnya mengemas rumah yang telahpun kami sekeluarga sewa. Anapun membersihkan diri ana dan mengemaskan pakaian ana. 

Sewaktu di dalam tren komuter pula, komuter tersebut membuat hal sehinggakan ana dan penumpang yang lain terpaksa menukar platform ketika di stesen serdang. Perjalanan yang hanya memakan masa lebih kurang 30 minit bertukar kepada 1 jam. Ana sabar sahaja...

Pada keesokkan harinya, ana bersama-sama dengan ummi pergi ke rumah sewa tersebut untuk membersih. Ketika ana sampai di situ, ana melihat kucing hanya terdapat seekor kucing ana sahaja yang ada di situ. mungkin, kucing ana itu macam jadi penjaga rumah sahaja. 

Ummi menyuruh ana untuk memberi makanan pada kucing tersebut. Setelah ana memberi makanan, datang pula kucing ana yang lain. Mula-mula hanya datang seeekor sahaja yang datang. Selepas itu, seekor lagi yang datang. Ana rasa begitu gembira sekali. Tambahan lagi, ana terdengar pula suara kucing ana yang berada di rumah jiran yang merayu untuk hendak keluar.
Ana harap, jiran ana itu dapat menjaga kucing ana dengan baik-baik & ana harap agar dapat bertemu lagi dengan kucing ana pada lain harinya.... :) 

No comments:

Post a Comment