Wednesday, March 16, 2011
mimpi yang tidak dapat aku lupakan sehingga ke hari ini...
Ianya berlaku pada hari sabtu, 26 hb februari, waktu itu, aku sedang bermimpi yang aku ketika itu mungkin berada di sekolah. &, pada hari itu juga, ustazah memanggil aku dan beberapa rakan-rakan lainku. ketika itu, aku merasa nervous sekali. Ketika itu, ustazah memanggil namaku untuk melangkah setapak ke hadapan & memberitahuku yang aku tersingkir daripada mengikuti pertanding tilawah al-quran peringkat sekolah. aku merasa sungguh kecewa. Kemudiannya, aku kembali duduk untuk mengikuti program yang di adakan di dewan tersebut. kebetulan pula, pada waktu itu, di sebelahku, terdapat seseorang yang sungguh istimewa buatku. Aku pun, merasakan gembira sekali. 15 minit kemudiannya, atas bumbung dewan tersebut runtuh yang menyebabkan ramai org yg cedera di hempap atap tersebut. Selepas atap bumbung tersebut jatuh, berlaku juga tragedi kebakaran. ketika itu, kawanku itu menyuruh aku untuk mencari air untuk memadam api tersebut daripada merebak. Aku pun, buat apa yang di suruhnya. Aku segera ke tandas belakang dewan untuk mencari pili air tersebut. Tetapi, kebanyakkannya sudah pun rosak. Kemudiannya, aku pun jumpa satu pili air yang masih lagi berfungsi. Aku terus menyambungkan pili itu ke getah paip dan bawa ke dewan bagi meredakan kejadian itu. 30 minit kemudian, api yang merebak itu dapat aku kawalkannya. Aku ketika itu ingin mengucapkan terima kasih kepada kawanku itu. tetapi apabila aku memalingkan mukaku ke belakang, aku dapati, dia tiada di situ. Aku mencari dia di sekitar sekolah, tetapi aku tidak menjumpainya. Aku merasakan bahawa, ketika aku aku kehilangan seorang kawan baikku........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment