Sunday, December 4, 2011

Harian Metro - 4hb disember 2011

1) 2 wanita, 3 kanak-kanak mati dalam keganasan terbaru di Taiz

i)    Kira-kira lima orang awam dan tiga anggota tentera terbunuh ketika tunjuk perasaan di Taiz, semalam.

ii)   Kerajaan baru yang ditubuhkan untuk mengelak perang saudara di Yemen berkata, satu perjanjian politik baru 
      mungkin diadakan sekiranya pertumpahan darah terus berlaku. 

iii)  Media tempatan melaporkan dua wanita dan tiga kanak-kanak mati apabila tentera kerajaan melepaskan tembakan   
      ke arah bandar selama beberapa jam. 

iv)  Kejadian keganasan terbaru ini telah menyebabkan jumlah yang mati seramai 16 orang.


v)  Walaupun bekas Presiden Ali Abdullah Saleh telah melepaskan jawatannya, ia masih belum dapat meredakan 
      keganasan yang berlanjutan selama 10 bulan di Yemen.

vi) Menurut saksi, kejadian tembak menembak menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal berlaku berdekatan 
     balai polis di tengah bandar Taiz.

2) Minta diriba, dibelai

i)        “Saya rasa sayu mengingatkan perubahan perangai Muhammad Faiz Hakimi yang menjadi terlalu manja serta 
           sering meminta diriba dan dibelai, rupa- rupanya petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Rogayah 
           Mohamad, 41, ibu kepada Muhammad Faiz Hakimi Aziz, 4, yang maut ditimpa pokok kelapa, petang kelmarin.

ii)        Kehilangan anak bongsu daripada lapan beradik itu bagaikan mimpi ngeri yang memeritkan, namun sebagai ibu,
           dia reda dengan pemergian itu dan menerima takdir itu dengan tabah.

iii)     “Sebelum kejadian, jiran dan anak tiri berpakat untuk menebang pokok berkenaan bagi mengelakkan kemalangan 
          akibat keadaan cuaca tidak menentu sebelum mereka melakukan kerja-kerja penebangan pada sebelah petang.

iv)     “Saya nampak kelibat anak datang ke arah saya dari sebuah kedai runcit selepas membeli makanan ringan, namun 
          tiba-tiba pokok itu tumbang menyembah bumi, menyebabkan saya terkejut dan sayu apabila mengenangkan  
          peristiwa itu kembali,” katanya.

v)      Kejadian jam 3.15 petang, Muhammad Faiz Hakimi dikatakan bermain berseorangan tanpa pengawasan keluarga 
         berdekatan tempat abang tirinya, Mahadi Mansur, 20, dan jirannya Saufi Junoh, 42, bersedia menebang sebatang 
         pokok kelapa.

vi)    Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika Mahadi dan Saufi menebang 
        pokok kelapa berdekatan rumah mereka di Kampung Gong Dasar, Jabi, mereka tidak menyedari kehadiran mangsa 
        yang bermain tidak jauh daripada mereka.


vii)   Ibu bapa mangsa dan beberapa jiran yang berada berdekatan tempat Mahadi dan jirannya bekerja juga tidak 
        menyedari kehadiran Muhammad Faiz Hakimi.

viii) “Sebaik menumbangkan pokok, Mahadi bersama Saufi memeriksa pokok itu untuk mengerat batangnya tetapi terkejut
        mendapati seorang kanak-kanak dalam berlumuran darah di bawah rimbunan daun pokok,” katanya.

ix)   Kamaruddin berkata, keluarga mangsa kemudian mengejarkan Muhammad Faiz Hakimi ke Hospital Besut sementara
       Mahadi bergegas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja selepas itu.

x)    Bagaimanapun, mangsa yang cedera parah di kepala serta beberapa bahagian badan disahkan meninggal dunia
       sebaik tiba di Hospital Besut.

xi)   Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan.


3) Budak parah diserang tiga anjing.

i)     Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dengan basikal baru dihadiahkan bapanya bertukar tragedi
       apabila betis kirinya cedera teruk akibat diserang tiga ekor anjing di depan rumahnya di Taman Bukit Kinrara,
       semalam.

ii)    Akibat serangan itu, mangsa terpaksa dibedah berikutan daging di betisnya cedera teruk.

iii)   Jam 12 tengah hari, Adryn Muhammad, 9, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barang bersama
        ibunya di kedai runcit di kawasan berhampiran.

iv)   Menceritakan kejadian itu, ibu mangsa, Asmah Alias, 36, berkata basikal itu dibeli untuk anak bongsu daripada tiga
       beradik itu oleh bapanya, Khamis lalu.

v)   “Sebelum kejadian, Adryn dan saya pergi ke kedai di kawasan perumahan ini untuk membeli barangan dapur. Saya
       pergi menaiki motosikal manakala Adryn bertegas mengekori saya dengan menaiki basikal barunya,” katanya ketika
       ditemui, semalam.

vi)   Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat tiga ekor anjing berhampiran kawasan kediamannya,
       menyebabkan dia berasa bimbang.


vii)  “Sebaik memberhentikan motosikal di laman rumah, saya mendengar jeritan Adryn meminta tolong.

viii) “Saya bergegas semula ke depan rumah sebelum melihat beberapa jiran, termasuk seorang pengawal keselamatan,
        mengangkat anak saya yang berlumuran darah,” katanya yang memberitahu mereka juga menghalau anjing itu.

ix)   Jiran dan Adryn memberitahu dia digigit dua daripada tiga anjing yang menyerangnya.

x)    “Adryn memberitahu dua anjing itu menggigit betis kirinya ketika dia cuba melarikan diri. Adryn bernasib baik kerana
       beberapa jiran dan pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu segera membantunya,” katanya.

xi)   Selepas bertemu pemilik anjing berkenaan, dia bergegas membawa anaknya ke sebuah hospital swasta di Puchong,
       untuk rawatan susulan.

xii)  “Sehingga kini, doktor melakukan rawatan awal dan memberitahu keadaan Adryn stabil. Namun, akibat kecederaan
        serius pada betis kirinya, Adryn terpaksa menjalani pembedahan,” katanya sambil menambah, pembedahan
        dilakukan selewat-lewatnya jam 5 petang, semalam.

xiii) Dia kecewa dengan sikap pemilik anjing terbabit yang tidak menjaga peliharaannya sehingga mencederakan Adryn.

xiv) “Saya berharap anjing berkenaan dibunuh bagi mengelakkan kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,”
        katanya sambil mengakui, ini bukan kejadian pertama kanak-kanak dan penduduk diserang anjing.

xv)  Asmah memberitahu dia akan membuat laporan di Balai Polis Puchong, di sini, selepas pembedahan anaknya
       selesai.

4) Mantera, asap kemenyan boleh bawa syirik

i)   Pengamal perubatan tradisional mahupun alternatif disarankan supaya tidak menggunakan mantera 
     dan asap kemenyan kerana bimbang ia menjurus kepada amalan syirik.


ii)  Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Abdul Ladzim Al Azhari 
     berkata, bacaan mantera dan penggunaan asap dalam kaedah merawat pesakit ini pada awal 
     hukumnya harus, tetapi hukum itu boleh berubah kepada haram bergantung kepada niat sesiapa 
     yang menggunakannya.


iii) Penggunaan bacaan mantera boleh bertukar menjadi haram apabila ada bacaan dalam ayat itu yang 
    menyeru kepada sesuatu atau menyekutukan Allah, sekali gus ia membawa kepada perbuatan syirik.


iv) “Selain itu, jika pengamal perubatan tradisional menggunakan bacaan mantera, individu terbabit 
     perlu memastikan bacaan yang disebut tidak menyeru pertolongan makhluk lain dan bacaan itu 
     mesti difahami oleh pengamal itu.


v)  “Namun, jika individu itu menggunakan perkataan dalam mantera yang bercanggah dan melanggari 
     hukum syarak, ia adalah haram dan dikhuatiri boleh menjurus kepada syirik,” katanya.


vi) Penggunaan asap seperti kemenyan yang menghasilkan bau wangi sebenarnya diharuskan kerana   
     ia disukai oleh jin Islam dan malaikat.




vii) Jika terlalu kerap bergantung kepada cara ini, dikhuatiri ia mendorong kepada kepercayaan taksub 
      yang biasanya mendorong kepada amalan syirik kerana dalam alam Melayu, penggunaan 
      kemenyan sinonim dengan kaedah perubatan, berbeza dengan masyarakat Timur Tengah yang 
      menggunakan kemenyan untuk mewangikan rumah.


viii) Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih pengamal perubatan 
      tradisional dan untuk mengelakkan keraguan, lebih baik menemui pengamal perubatan yang 
      mengamalkan potongan ayat al-Quran.


ix)  “Pilihan terbaik adalah kaedah yang digariskan Islam seperti amalan ayat al-Quran,” katanya.



5)Doa cucu bahagia. 


i)   “Saya doakan Rita dan suami bahagia,” itu ungkapan ringkas Yatmi Abdul Rahman, 74, ibu jutawan kosmetik terkenal, 
     Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.


ii)  Mengulas berkaitan pernikahan cucunya, Rita dengan pasangannya, Khamarulazlan.


iii)  Khamarulazlan ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr  
      Mashitah Ibrahim.


iv)  “Apa yang elok baginya, kami sekeluarga menyokong malah turut berharap perkahwinan berkenaan berkekalan 
       hingga ke akhir hayat.


v)  “Sebagai ahli keluarga baru, kami mengalu-alukan kehadiran Khamarulazlan. Lelaki berkenaan seorang yang 
     bersopan selain menghormati orang lebih tua daripadanya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sri 
     Menanti, Sri Medan, semalam.

6) Hiasan beg disangka pistol.

i)     Seorang remaja ditahan daripada menaiki pesawat kerana dia mempunyai pistol - rekaan di tepi 
       beg tangannya.


ii)    Vanessa Gibbs 17, terperanjat apabila pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), 
       menahannya di pintu keselamatan kerana beg tangannya mempunyai rekaan pistol ‘Wild West.’


iii)   Dia tidak mempunyai masalah ketika melalui pintu keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa 
      Jacksonville. Kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari Virginia.


iv)  “Ini gaya saya. Beg tangan ini ada rekaan pistol lama ‘western’ tiruan.”


v)   Walau bagaimana pun, staf di Norfolk tidak menyukainya dan menahan dia daripada menaiki 
      pesawat.


vi) “Mereka berkata, ia adalah kesalahan besar kerana beg itu mempunyai bentuk pistol,” kata Vanessa. 
     “Saya berkata, ia hanya rekaan di beg tangan, bagaimana pula ia boleh jadi kesalahan besar?”


vii) Selepas pegawai penyiasat memeriksa begnya dan mendapati ia hanya pistol tiruan, Vanessa 
     diminta daftar masukkan atau menyerahkan begnya itu.


viii) Pemeriksaan itu menyebabkan remaja yang sedang mengandung itu terlepas penerbangannya dan 
      dia terpaksa menaiki pesawat Southwest ke Orlando.


ix)  Jurucakap TSA berkata, replika pistol diharamkan sejak 2002.


x)   Seorang pegawai TSA di Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksonville berkata, tidak mustahil ada 
      penumpang yang membawa barang yang mungkin dianggap sebagai replika pistol dan dia 
      menasihatkan orang ramai untuk melihat senarai barang yang diharamkan yang boleh didapati 
      secara online atau di lapangan terbang sebelum melalui pintu keselamatan. 







No comments:

Post a Comment