Saturday, December 3, 2011

Berita Harian - 3Hb Disember 2011

1) Kanak-kanak empat tahun maut ditimpa pokok ditebang jiran 


i)    Seorang kanak-kanak berumur empat tahun maut ditimpa sebatang pokok kelapa yang ditebang jirannya di 
        Kampung Gong Dasar, Jabi, petang semalam. 

ii)    Muhammad Faiz Hakimi Aziz yang cedera parah di kepala dan badan, mati dalam perjalanan ke Hospital Daerah     
       Besut.

iii)   Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, dalam kejadian pada jam 3.15 petang, 
       kanak-kanak itu dikatakan melintas secara tiba-tiba di bawah pokok kelapa yang ketika itu sedang tumbang selepas 
       ditebang.

iv)   Penebangan pokok kelapa yang condong ke arah rumah jiran kanak-kanak itu dilakukan oleh jiran mereka dengan 
       bantuan keluarga kanak-kanak itu. 

v)    Ibu kanak-kanak itu, Rogayah Mohamad, 41, turut menyaksikan kerja penebangan pokok itu. 

vi)   Muhammad Faiz Hakimi melintas di bawah pokok berkenaan untuk pergi ke arah ibunya," kata Kamaruddin kepada 
       pemberita di sini hari ini. 

vii)  Rogayah, ketika ditemui berkata, beliau tidak menyangka anak bongsunya itu akan berlari ke arahnya ketika pokok 
        sedang tumbang.

viii) "Sebaik melihat anak saya ditimpa bahagian tandan dan daun-daun pokok kelapa itu, saya dan keluarga yang lain 
         segera mencarinya di celahan daun kelapa. 


ix)   "Kami menemuinya terbujur di situ dalam keadaan berlumuran darah," kata ibu kepada lapan anak itu.

2) Gempa bumi 5.3 magnitud melanda Jepun

i)   Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 menggegarkan Jepun, awal pagi tadi.

ii)   Pihak beruasa negara itu berkata, tiada laporan kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan.

iii)  Jabatan Kajiselidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa yang melanda pada jam 5.55 pagi 
      (waktu tempatan) dikesan di Chiba, iaitu 60 kilometer tenggara Tokyo.

iv) Ia dicatatkan pada kedalaman 18 kilometer dan kawasan yang terbabit adalah Chiba dan kawasan lain berdekatan
     Tokyo.

v)  Agensi Meteorologikal Jepun berkata, ia juga dikesan 200 kilometer dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima Daiichi.

3) Seorang lagi pelajar Malaysia meninggal dunia di Indonesia 

i)      Dalam masa kurang dari sebulan selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan pembunuhan kejam penuntut 
         Malaysia Adrian Jay Pereira dari Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur, seorang lagi penuntut Malaysia dari 
         universiti yang sama meninggal dunia malam tadi.

ii)      Kematian penuntut yang dikenali sebagai Theven Adrian Joseph, 20, itu dipercayai akibat masalah kesihatan.

iii)     Atase Pendidikan, Education Malaysia (EM) Indonesia, Ludinata Misnun berkata, Theven Adrian meninggal dunia 
         pada kira-kira pukul 8 malam tadi di Hospital Islam Dinoyo, Malang selepas usaha menyelamatkannya gagal.

iv)    "Beliau dipercayai mengalami kekejangan dan serangan sawan dan dikejarkan ke Hosptal Islam Dinoyo, Malang. 

v)      Pihak hospital telah berusaha menyelamatkannya dengan memberikan bantuan CPR dan penafasan melalui mesin,
         malangnya beliau tidak dapat diselamatkan," katanya dalam kenyataan, semalam. 

vi)     EM Indonesia difahamkan bahawa penuntut yang berasal dari Subang Jaya, Selangor itu sebelum ini mempunyai
         sejarah penyakit itu.

vii)    Theven Adrian ialah penuntut tahun pertama Universiti Brawijaya, yang menuntut atas pembiayaan sendiri. 

viii)   Tidak dinyatakan bidang jurusan pelajaran yang sedang beliau ikuti. 

ix)    Ludinata berkata, pihaknya berlepas ke Malang pagi ini bagi menguruskan penghantaran pulang jasad Theven 
        Adrian dengan bantuan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. 


x)     Pihak keluarga pelajar itu juga dijangka sampai ke Malang pagi ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa 
        Juanda Surabaya. 

xi)    Pembiayaan penghantaran pulang jasadnya ditanggung sepenuhnya oleh ejen yang menguruskan kemasukan 
        beliau ke universiti itu kerana beliau masih dilindungi insurans.  

xii)   Pada 7 November lalu, penuntut Malaysia Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, 
        Malang mati ditetak dengan senjata tajam dilehernya oleh seorang penyerang ketika beliau cuba menghalang lelaki 
        itu daripada mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang. 

xiii) Polis masih menyiasat kejadian kes pembunuhan itu. 

xiv) Seramai 173 penuntut Malaysia kini menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.

4) Mangsa banjir di Kerian meningkat

i)   Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 156 orang pagi ini berbanding 97 orang 
       semalam. 

ii)    Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan, berkata mangsa banjir terbaru yang dipindahkan malam tadi 
       membabitkan 59 orang dari Kampung Parit Mat Keling.

iii)   "Mereka ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bukit Merah," kata ketika dihubungi.

iv)   Beliau berkata, kampung yang masih terjejas dengan banjir ialah Kampung Padang Lalang, Kampung Batu 40 
       Bukit Merah, Kampung Perlis, Kampung Ban Abu Hasan, Kampung Batu 38 Bukit Merah dan 
       Kampung Parit Ayer Hitam.


5) Pemuda maut kereta rempuh belakang lori

i)    Seorang pemuda maut selepas kereta yang dinaiki beliau bersama tiga rakannya merempuh belakang sebuah lori di
        sebuah stesen minyak dekat Kampung Pandan, jalan pintasan Kuantan, pagi tadi.

ii)   Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman, berkata S Saravanan, 18, yang duduk
      bahagian belakang kereta itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

iii) Beliau berkata, dalam kejadian pada kira-kira 6 pagi itu, Saravanan dan rakannya dalam perjalanan dari arah
     Pelabuhan Kuantan menuju ke Gambang.
iv) Kereta yang dipandu K Yogeswaran, 22, itu merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori yang diletakkan 
     di bahu jalan dan akibat rempuhan, kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar tembok simen stesen 
     minyak di kiri jalan. 

v) "Saravanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga rakannya cedera ringan," katanya ketika dihubungi 
,
     hari ini. 

vi) Zainalabidin berkata, mayat Saravanan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan 
     kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

6) Hafiz mara separuh akhir Terbuka Macau

i)   Hafiz Hashim menumbangkan pemain Jepun, Kenichi Tago untuk meneruskan cabaran selaku pemain tunggal negara
     mara ke separuh akhir Terbuka Macau. 

ii)  Biarpun tewas dalam dua pertemuan sebelum ini, juara Seluruh England 2003 itu cemerlang menundukkan lawan 
     yang diletakkan sebagai pilihan kelapan 21-14, 21-19 dalam tempoh 43 minit, semalam.

iii) Hafiz yang kini menduduki ranking ke-38 dunia, menundukkan Tago yang berada di ranking ke-12 selepas kali 
      terakhir pertemuan di Siri Super Jepun, tahun lalu.
iv)  Selepas mengharungi tahun sukar, kejayaan di Terbuka Macau memberikan pemain KLRC itu peluang untuk ke final 
       tetapi perlu menundukkan Lee Hyun-Il yang menewaskan Taufik Hidayat 12-21, 21-15, 21-17 malam tadi. 

v)  Kedua-dua pasangan beregu negara kandas di suku akhir dengan beregu lelaki, Mohd Lutfi Zaim Abdul Khalid-
     Vountas Indra Mawan tunduk kepada pilihan utama, Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan 21-6, 22-24, 
     21-14. 

vi) Beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei turut kecundang kepada pasangan Korea Selatan, Eom Hye Won-
     Jang Ye Na 21-12, 22-20 biarpun pernah menang dalam dua pertemuan lalu. 

No comments:

Post a Comment