Empat Kampung Tenggelam.
i) 302 penduduk di empat kampung, dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara berikutan kampung mereka
dilanda banjir sejak Isnin lalu menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami air hingga ke paras dada.
ii) Ketua Kampung Sungai Sireh, Abd Hadi Muhammad, berkata penduduk di kampungnya paling ramai terjejas berikutan
rumah mereka ditenggelami air, diikuti penduduk di Kampung Ampangan dan Kampung Haji Razali membabitkan 63
keluarga manakala enam keluarga lagi di Sawah Sempadan mengalami nasib sama.
iii) “Sebelum kejadian, pihak pimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKP) memantau
keadaan paras air di terusan utama berikutan pertembungan air pasang lalu dan air di terusan,” katanya semalam.
iv) Ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut melawat
kawasan di Kampung Sungai Sireh itu menemui mangsa banjir.
No comments:
Post a Comment