Sunday, December 4, 2011

Berita Harian - 4hb Disember 2011

i) 36 maut nahas jalan raya di Brazil


i)   36 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya membabitkan trak dan bas yang membawa peladang di timur laut 
     Brazil, awal pagi tadi.

ii)  Jurucakap polis berkata, pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut yang turut mencederakan 13 
     orang di pekan Milagres, Bahia, 250 kilometer dari Salvador.

iii) Kemalangan itu berlaku selepas tengah malam apabila pemandu kenderaan berkenaan saling memintas tetapi punca 
     sebenar masih belum diketahui.

2) Hafiz gagal mara ke final Terbuka Macau


i)     Tunduk kepada pemain Korea Selatan, Lee Hyun-Il pada perlawanan separuh akhir Terbuka Macau, semalam. 

ii)    Enam tahun tidak bertemu, juara Seluruh England 2003 itu sekali lagi tumpas kepada pemain ranking ke-15 dunia itu, 
       21-16, 21-11 dalam tempoh 30 minit.

iii)  Ketika kali terakhir bertemu di Kejohanan Dunia 2005, Hafiz sebelum ini merekodkan empat kekalahan kepada 
      pemain veteran Korea Selatan itu dalam lima pertemuan sesama mereka.

iv) Bergelar pemain profesional bersama KLRC Januari lalu, Hafiz yang sedang mencari tempat untuk disenaraikan 
     dalam skuad Piala Thomas 2012, hanya mara sekali ke separuh akhir iaitu di Cabaran Antarabangsa New Zealand, 
     April lalu. 

v) Perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Macau hari ini, Hyun-Il bakal bertemu pemain China, Du Pengyu yang 
    menyingkirkan pemain Indonesia, Simon Santoso, 21-17, 21-17 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. 

3) Afghanistan dilanda krisis kebuluran

i)      2.6 juta penduduk Afghanistan kini berhadapan dengan masalah kekurangan makanan selepas kemarau paling    
        buruk melanda utara Afghanistan sejak sedekad lalu, kata pegawai Afghanistan dan agensi bantuan. 
 
ii)    Kebanyakan mereka yang hidup dalam kemiskinan di sebuah negara yang dilanda perang itu, hidup dalam 
       keadaan melarat berikutan kemarau yang menjejaskan 14 daripada 34 wilayah di Afghanistan yang semuanya 
       berada di utara.

iii)   Kebanyakan perigi sudah kering. Beratus-ratus kanak-kanak dirawat kerana kekurangan zat makanan. Dalam 
       keadaan terdesak itu kebanyakan keluarga terpaksa menjual ternakan mereka di bawah harga pasaran. Penduduk 
       terpaksa berpindah ke bandar lain untuk mencari makanan, air dan pekerjaan.
 
iv)  Kerajaan Afghanistan dan agensi bantuan bertungkus-lumus membantu penduduk terbabit sebelum salji menutup 
      laluan ke kawasan pedalaman.

v)   Rahmatullah Zahid, koordinator bencana di wilayah Balkh yang teruk dilanda kemarau berkata, beliau tidak 
      bimbangkan mengenai penduduk yang kebuluran sehingga menyebabkan kematian tetapi beliau bimbang 
      bagaimana mereka akan bertahan ketika musim sejuk terutama di kawasan pedalaman. 

No comments:

Post a Comment