1) Kaki kiri pula patah
i) “Jika diikutkan hati, saya mahu cari sendiri dua peragut yang menyebabkan adik saya terlantar di hospital,” kata
Azlina Zulkifli, 40, mangsa kejadian ragut di Jalan Masjid Kapitan Keling, di sini, kelmarin.
ii) Dia berkata, adiknya, Siti Mariam, 25, baru saja menjalani pembedahan lutut dan mengambil cuti sakit sejak
pertengahan Oktober lalu selepas terjatuh di tempat kerjanya.
iii) “Akibat kejadian ini, adik saya sekali lagi terpaksa dimasukkan ke wad kerana kaki kirinya pula patah selain muka
bengkak selepas terjatuh daripada motosikal dan diseret di atas jalan.
iv) “Saya geram dengan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
v) Ketika kejadian, dia membonceng motosikal ditunggang bersama adiknya sebelum seorang lelaki menarik beg
tangan disandangnya. “Peragut cuba tarik, tetapi tali beg terlilit di tangan menyebabkan ia sukar dilepaskan. Berang
kerana gagal menarik beg tangan saya, peragut itu bertindak menendang motosikal menyebabkan adik saya tidak
dapat mengawal sebelum kami berdua terjatuh,” katanya.
vi) Kejadian jam 7 malam itu, dua beradik terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jalan Perak, selepas
keluar membayar duit pinjaman rumah.
vii) Menurut Azlina, dia memang mahu melepaskan beg tangannya kerana memikirkan risiko bakal berlaku tetapi
disebabkan tali terlilit, sukar untuk melepaskannya hingga menimbulkan kemarahan kepada peragut itu.
viii) “Kami berdua menaiki motosikal ke bank kerana jalan agak sesak. Selepas membayar wang pinjaman rumah, kami
bersiar-siar di kawasan terbabit dan ketika itu wang dalam beg saya masih ada RM1,000,” katanya.
ix) Dalam kejadian itu, Azlina yang bekerja sendiri turut mengalami kecederaan di tangan, jari dan kaki akibat terseret
atas jalan raya.
x) Adiknya yang patah kaki dan cedera di muka itu kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP), tetapi
keadaannya dilaporkan stabil.
xi) Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, polis masih
menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment