1) Gempa bumi kuat gegar Christchurch
ii) Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan bandar terselamat daripada kerosakan besar.
iv) Empat orang diselamatkan selepas terperangkap akibat runtuhan batu, kata polis Christchurch dalam satu kenyataan.
v) Tiada laporan kecederaan jelas atau kerosakan meluas di bandar, yang baru pulih daripada gempa bumi Februari lalu yang mengorbankan 182 orang serta merosakkan kebanyakan kawasan di bandar lama.vi) Agensi Pemantau Geologi Amerika Syarikat (USGS) menyatakan, gempa pertama dengan magnitud 5.8 berlaku tengah hari semalam, 26 kilometer di utara Christchurch dengan kedalaman empat kilometer, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
vii) Beberapa minit kemudian, satu gegaran susulan dengan magnitud 5.3 pula melanda dan kira-kira sejam selepas itu, bandar itu digegarkan dengan gempa magnitud 5.8. Kedua-dua gegaran susulan berlaku pada kedalaman kurang lima kilometer.
viii) Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami.
ix) Lapangan terbang bandaraya itu dikosongkan selepas gempa pertama dan semua pusat beli belah di bandar itu ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
x) Pengurus Pihak Berkuasa Pemulihan Gempa Bumi Canterbury, Warwick Isaacs, berkata kebanyakan bangunan dikosongkan “sebagai langkah kecemasan.”
xi) Kawasan itu merekodkan lebih 7,000 gempa susulan sejak gempa bumi dengan magnitud 7 menggegarkan bandaraya itu pada 4 September tahun lalu.
xii) “Runtuhan batu dan banjir lumput berlaku di sebuah kawasan apabila tekanan gempa memaksa air bawah tanah memancut menerusi tanah yang longgar, di beberapa kawasan,” kata Isaacs kepada Radio Nasional New Zealand.
xiii) “Ada banyak barang jatuh dari almari, rak di kedai berulang kali. Ia bermula perlahan kemudian kuat. Ia adalah gegaran besar namun bukan mengejutkan atau seganas Februari lalu,” kata penduduk Christchurch Rita Langley.
xiv) Keadaan gegaran teruk berlaku di bandar pelabuhan berhampiran di Lyttelton, pusat gempa 22 Februari lalu.
xv) “Kami tinggal di dalam bangunan sehingga gegaran berhenti. Kemudian barulah kami keluar,” kata penduduk Andrew Turner.

xvi) “Penduduk secara emosinya terkejut dengan apa yang berlaku tengah hari ini.”
xvii) Kira-kira 15,000 rumah dilaporkan terputus bekalan elektrik selepas jaringan bekalan rosak di pinggir timur bandar ini. Perkhidmatan pembetungan juga terputus.

xviii) Beratus kilometer pembetung dan saluran air dibaiki di bandar itu sejak gempa Februari lalu.
xix) Sebahagian bangunan yang runtuh dan sebuah rumah kosong runtuh selepas gempa semalam, kata polis.
xx)Pengurus Persatuan Perniagaan Pusat Bandar Paul Lonsdale berkata gempa itu muncul ketika hari paling buruk buat peruncit, dengan penduduk bergegas menghabiskan beli belah untuk Krismas.
xxi) Tiada kerosakan nyata di daerah pusat perniagaan, di mana 28 kedai dibuka semula di kontena perkapalan selepas bangunan mereka musnah dalam gempa Februari lalu, katanya.

2) Cathay Pacific lakukan pendaratan cemas di Moscow
ii) Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong itu, berkata Boeing 747-400 sudah melakukan penerbangan hampir empat jam ke Hong Kong dari London sebelum juru terbang terpaksa melakukan pendaratan cemas di Moscow, pagi Sabtu.
iii) Pesawat itu membawa 197 penumpang bersama 21 anak kapal, kesemua tidak mengalami sebarang kecederaan.
iv) Punca asap itu tidak didedahkan. 3) Mangsa banjir di Johor masih di 23 pusat pemindahan
ii) Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, kesemua mereka ditempatkan di 23 pusat pemindahan iaitu di 13 di Segamat, Mersing dan Batu Pahat masing-masing empat manakala dua di Kluang.
iii) Laluan jalan tanah merah menuju ke Kampung Orang Asli Peta di Taman Negara Endau Rompin masih terputus hubungan dan hanya boleh dihubungi melalui bot dan pengangkutan udara.
iv) Menurut portal Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, air di beberapa batang sungai masih melebihi paras bahaya.
v) Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencatat 2.77 meter, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat (9.37 meter), Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (5.91 meter), Sungai Muar di Kampung Awat, (19.83 meter), Sungai Bekok di Empangan Bekok, Batu Pahat (16.88 meter) dan Sungai Senggarang, Batu Pahat (3.22 meter).
4) Budak tsunami hilang 8 tahun ditemui hidup
iv) Yusnidar berupaya menyelamatkan dua lagi anaknya namun dia dan keluarganya lain akhirnya terpaksa pasrah dan menerima kenyataan bahawa Mary hilang dan tidak akan kembali.
v) Rabu lalu, Ibrahim, datuk Mary, menerima seorang tetamu di rumahnya yang ditemani seorang gadis remaja memakai tudung kepala berwarna biru.
vi) Tetamu yang juga pemandu teksi itu berkata gadis berkenaan datang ke kedai kopi Simpang Pelor tetapi hanya mendiamkan diri.
vii) Penduduk menyangka dia seorang pengemis dan cuba berbual dengannya.
viii) “Gadis itu mendakwa datang ke sini menaiki bas dari Banda Aceh dan cuba mencari jalan pulang namun tidak tahu bagaimana. Dia juga tidak dapat mengingati nama ibu bapa atau saudara mara kecuali Ibrahim,” kata pemandu teksi berkenaan.
ix) Selepas mendengar penjelasan tetamu itu, Ibrahim segera menyedari gadis itu mungkin cucunya yang sudah lama hilang dan selepas meneliti gadis kurus berkulit gelap, dia yakin gadis itu adalah Mary yang hilang dalam tsunami tujuh tahun lalu. Ibrahim kemudian mengarahkan Yusnidar, 35, dan suaminya Tarmius, 42, datang ke rumahnya dan bertemu Mary.
x) Kedua-dua Yusnidar dan Tarmius mengesahkan identiti Mary selepas mengenal pasti tahi lalat kecil dan parut di atas keningnya yang diperolehnya ketika berusia enam tahun.
xi) “Tanda lahir pada perutnya dan parut tahi lalat pada wajahnya membuktikan gadis itu anak saya,” katanya kepada AFP menerusi telefon dari rumahnya.
xii) “Saya tidak dapat beritahu anda betapa bersyukurnya saya,” katanya.
xiii) Apa yang berlaku kepada Mary selepas dihanyutkan ombak tsunami tidak didedahkan kepada media kecuali sejak beberapa tahun lalu dia ditempatkan di daerah lain di wilayah Aceh.
xiv) Laporan menyatakan Mary dipaksa menjadi pengemis sebelum berjaya melarikan diri dan kembali ke kampung halamannya.

No comments:
Post a Comment