Tanam Janin Di Tepi Sungai.
i) Rasa curiga seorang wanita terhadap tindakan sepasang kekasih yang mengorek serta menimbus semula lubang yang
mereka gali berhampiran sungai di Lorong Tenggiri 10, petang kelmarin membawa penemuan janin.
ii) Wanita enggan dikenali itu, berkata dia berasa curiga apabila melihat pasangan terbabit memberhentikan motosikal
mereka di kawasan berkenaan kira-kira jam 3 petang dan menuju ke arah sungai berhampiran.
iii) “Nampak lelaki itu mengorek lubang menggunakan penyodok, manakala wanita berbaju kurung itu pula kelihatan
gelisah sambil memerhati keadaan sekeliling.
iv) “Hanya memerhati gerak geri mereka dari jauh sebelum mengejutkan suami yang sedang tidur,” katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian, kelmarin."
v) Beliau berkata, pasangan berkenaan beredar dalam keadaan tergesa-gesa selepas mengambil masa kira-kira 20
v) Beliau berkata, pasangan berkenaan beredar dalam keadaan tergesa-gesa selepas mengambil masa kira-kira 20
minit mengorek serta menimbus semula lubang itu.
vi) “Hati saya tertanya-tanya apa yang mereka tanam di kawasan berkenaan, dengan ditemani suami, kami mengorek
vi) “Hati saya tertanya-tanya apa yang mereka tanam di kawasan berkenaan, dengan ditemani suami, kami mengorek
lubang itu. Suami saya mengorek dengan berhati-hati dan kami terkejut menemui janin yang sudah cukup sifat di
dalam lubang itu,” katanya.
vii) Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah mengesahkan kejadian
berkenaan dan siasatan awal mendapati janin itu berusia lima bulan.
viii) "Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran."
viii) "Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran."
ix) "Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya.
No comments:
Post a Comment